KUALA LIPIS. 03 Januari 2022 – Senai Bt Tumpang,berumur 87 tahun disahkan menghidap penyakit pendarahan otak kiri sehingga menyebabkan beliau tidak mampu menguruskan diri.
Beliau ketika ini dijaga dan disara oleh anaknya,Azhar yang bertugas di Hospital Kuala Lipis,berkata ibunya kini tidak mampu menguruskan dirinya sendiri dan hanya terlantar di atas katil.
Ibunya juga sukar untuk makan dan minum seperti biasa dan hanya bergantung kepada susu formula khas kepada beliau.
Kos susu,pampers dan ubat-ubatan juga memberi kesan kepada Encik Azhar dalam menanggung perbelanjaan rawatan dan keperluan ibunya tersebut,walau bagaimanapun Encik Azhar tidak mengeluh dan tabah menghadapi kesukaran tersebut.
Pihak MUIP Lipis hadir ziarah bersama Penghulu Lipis,Wan Ahamd Zabri,bersama NGO kebajikan daerah Lipis bagi melihat sendiri keadaan warga emas tersebut.
Pihak MUIP Lipis akan cuba membantu dengan bantuan yang selayaknya kepada ibu Encik Azhar bagi meringankan bebanan mereka.