MUADZAM SHAH. 14 Januari 2022 – Dua keluarga yang tinggal di Desa Teratai menerima set barangan keperluan memasak di pejabat MUIP Cawangan Muadzam Shah pada hari ini. Serahan yang disampaikan oleh Pengurus Cawangan Daerah ini bertujuan membantu golongan yang memerlukan, ia juga merupakan bantuan awal sebelum menerima zakat yang diperlukan.
Pihak MUIP sentiasa membuka ruang untuk bekerjasama dengan mana-mana jabatan atau individu dalam usaha membantu golongan yang berkelayakan menerima bantuan zakat. Permohonan zakat sentiasa dibuka sepanjang tahun kepada semua pihak tanpa adanya tarikh terakhir untuk penghantaran borang permohonan.