KUALA LIPIS. 08 November 2021 – JAWHAR ( Jabatan Wakaf,Zakat dan Haji ) telah memberi sumbangan kepada asnaf-asnaf di daerah Lipis,yang diwakilkan kepada Majlis Ugama Islam Pahang ( MUIP ).
MUIP Lipis mengenal pasti para asnaf yang berkelayakan untuk diberi sumbangan berupa wang tunai sejumlah RM 100 setiap seorang atau setiap ketua keluarga.
Sumbangan ini bertujuan membantu golongan asnaf yang terjejas akibat Covid-19 dan diharapkan juga sumbangan ini mampu meringankan beban mereka.
Penerima sumbangan ini adalah seramai 25 orang sepertimana yang diperuntukkan sebanyak RM 2,500 dengan RM 100 setiap seorang.
Pihak MUIP mengucapkan ribuan terima kasih kepada JAWHAR di atas sumbangan yang diberikan kepada mereka yang memerlukan,moga-moga usaha ini diberikan keberkatan oleh Allah dan diangkat segala wabak bencana.