MUADZAM SHAH. 10 November 2021 – Pada hari ini 10 November 2021, telah berlangsungnya satu sesi temuduga yang bertempat di Tadika Pintar Al-Quran (TPQ) MUIP Cawangan Muadzam Shah.
Temuduga ini bertujuan untuk lantikan sementara jawatan sebagai Guru Akademik di TPQ ini memandangkan seorang guru akan bercuti selama tiga bulan kerana beliau bakal melahirkan cahaya mata dalam masa terdekat ini.
Tahniah kepada guru yang bakal dilantik nanti, semoga ilmu yang dicurahkan nanti dapat menjadi salah satu saham akhirat untuk beliau meskipun tempoh mengajar hanyalah tiga bulan sahaja.