MUADZAM SHAH. 09 November 2021 – Sesi temuduga diadakan di pejabat Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Muadzam Shah bagi mengisi satu kekosongan jawatan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) di Tadika Pintar Al-Quran (TPQ) MUIP Cawangan Muadzam Shah.
Tahniah diucapkan kepada calon yang berjaya ditawarkan jawatan tersebut, manakala kepada calon yang tidak ditawarkan jawatan ini, usaha lagi. Mungkin ada yang lebih baik lagi untuk mereka pada masa akan datang.