ROMPIN. 07 Mei 2021 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) telah meluluskan bantuan berjumlah RM 19,950 kepada Surau Menchali, Kampung Menchali, Rompin. Simbolik penyerahan sumbangan berkenaan telah disempurnakan oleh Pengurus MUIP Cawangan Daerah Rompin, Ustaz Muhammad Nabil Bin Mohamad Fauzi kepada pengerusi surau berkenaan. Antara kerja baikpulih dan naiktaraf yang akan dijalankan di surau berkenaan termasuklah kerja-kerja membina tandas tambahan, memandangkan tandas sedia ada terlalu kecil dan tidak mampu menampung kapasiti jemaah yang hadir, kerja-kerja membina sebuah stor bagi tujuan penyimpanan alat siaraya surau berkenaan serta kerja-kerja membasmi kelawar yang bersarang di surau berkenaan. Kerja-kerja membasmi kelawar telah dimulakan pada minggu lalu manakala kerja-kerja membina tandas tambahan dan stor dijangka bermula selepas cuti Hari Raya Aildilfitri nanti. Semoga dengan bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan pengimarahan dan pelaksanaan aktiviti keagamaan di surau berkenaan.