ROMPIN. 07 Mei 2021 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) telah meluluskan bantuan berjumlah RM 19,800 kepada Masjid Al-Hidayah Desa Selesa, Kampung Perepat. Bantuan berkenaan telah diluluskan bagi tujuan membaikpulih keseluruhan bahagian bumbung tempat memasak Masjid berkenaan yang sebahagian besarnya telah rosak dimakan anai-anai serta menambah bumbung pada bahagian tempat wudhu’ lelaki, bagi melindungi para jemaah masjid yang sedang berwudhu’ samada ketika cuaca panas mahupun hujan. Semoga dengan bantuan yang diluluskan ini sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan pengimarahan Masjid berkenaan, serta megukuhkan lagi Syiar Islam di kawasan perkampungan berkenaan.