PEKAN. 18 Disember 2019 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan telah mengadakan Program Tafaqquh Fiddin Siri Ke-4 bertempat di Dewan Syarahan Ibu Pejabat Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang. Program kali membincangkan Kitab Al-Hikam yang telah disampaikan oleh Al-Fadhil Tuan Qadhi Daerah Pekan Tuan Haji Mohd Aris Bin Jamin Al-Hafiz. Program yang bermula jam 08.00 pagi dan berakhir 05.00 petang itu telah dihadiri oleh seramai 150 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai Masjid Kariah di Daerah Pekan.