PEKAN. 16 Disember 2019 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan telah menyantuni dan menyampaikan bantuan bencana kepada tiga keluarga mangsa ribut di Kampung Permatang Arang, Kampung Marhum dan Kampung Lamir, Pekan. Bantuan disalurkan berbentuk wang ringgit. Hadir bersama Penghulu Mukim Pahang Tua dan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Marhum. Diharapkan bantuan ini dapat mengurangkan bebanan yang terpaksa ditanggung oleh mangsa-mangsa.