TEMERLOH. 15 Ogos 2019 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Temerloh dan Cawangan Chenor telah melaksanakan Program Ibadah Korban khas buat Persatuan Orang orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia ( PERTIS) Cawangan Temerloh di Rumah Persatuan di Mentakab pada Rabu, 13 Zulhijjah 1440 Hijrah bersamaan 14 Ogos 2019. Program bermula dengan sesi suai kenal megawai MUIP bersama orang orang buta yang hadir dan seterusnya diikuti dengan perlaksanaan Ibadah Korban serta agihan daging korban. Seekor lembu telah dikorbankan dalam program yang diadakan iaitu sumbangan daripada Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP). Program diadakan bagi membantu orang orang buta sekitar daerah Temerloh yang susah dan tidak berkemampuan selain itu mengeratkan hubungan silaturrahim diantar MUIP dan PERTIS. Program bermula seawal pada jam 10 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang. Seramai 70 orang ahli persatuan telah menerima agihan daging korban tersebut. Program ini telah berjaya dilaksanakan dan mencapai matlamat yang ditetapkan dengan kerjasama semua pihak yang terlibat.