ROMPIN. 23 Julai 2019 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Rompin telah mengadakan Program Jejak Asnaf bertempat di sekitar Kampung Leban Chondong, Mukim Kuala Rompin, Rompin. Program secara berkala ini telah diadakan bagi menjejaki golongan asnaf di kawasan berkenaan serta melihat bantuan yang boleh disalurkan untuk meringankan bebanan mereka. Sebanyak 37 keluarga telah diziarahi dalam program pada kali ini. Program kali ini turut mendapat kerjasama dari Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Leban Chondong, Pejabat Penghulu Mukim Kuala Rompin, serta Amil Zakat MUIP bagi kawasan berkenaan.