ROMPIN. 24 April 2018 – Tadika Pintar Al-Qur’an MUIP Rompin telh menyahut seruan bagi menjayakan kempen Jom Baca Bersama untuk 10 minit anjuran Perpustakaan Negara Malaysia. Kempen ini bertujuan bagi memupuk budaya membaca dikalangan rakyat Malaysia. Program bermula pada jam 11 pagi dan berakhir pada jam 11.10 pagi. Semoga dengan menjayakan program seperti ini dapat memupuk budaya membaca dikalangan pelajar Tadika Pintar Al-Qur’an MUIP Rompin disamping nilai-nilai Akhlak Islamiyyah serta budaya cintakan Al-Qur’an yang dipupuk menerusi silibus pendidikan di Tadika ini.