TEMERLOH. 18 April 2018 – Sebanyak 27 keluarga telah diziarahi dalam program jejak asnaf di Mukim Bangau dan Perak 2 awal hari ini. Program anjuran Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Daerah Temerloh ini turut disertai oleh Pusat Kutipan Zakat Temerloh dan mendapat kerjasama oleh penghulu dan ketua kampung dalam mukim tersebut. Antara kampung yang diziarahi dalam mukim bangau dan perak 2 adalah kampung teluk ira,teluk mengkuang,tanjong batu dan bangau parit. Tujuan program ini diadakan bertujuan menjejaki asnaf fakir miskin yang tidak berkemampuan dan terlepas daripada menerima bantuan zakat berikutan tiada maklumat yang diperolehi serta cara memohon bantuan zakat. Dalam program ini juga asnaf yang diziarahi turut menerima sumbangan hamper barang asasi bagi membantu meringankan beban sara hidup mereka.