PEKAN. 05 April 2018 – bersamaan 18 Rejab 1439H. Berlangsungnya Majlis Meraikan Pelajar Lulusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) / Sekolah Menengah Agama (SMAN) Pahang Melanjutkan Pelajaran Ke Universiti Al-Azhar, Kaherah Mesir. Majlis ini dirasmikan oleh YDH Orang Kaya Indera Pahlawan Dato’ Sri Wan Hj Abdul Wahid Bin Hj Wan Hassan Timbalan Yang Dipertua MUIP. Hadir sama YH Dato’ Hj Mohammad Noor Bin Abdul Rani,Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) KPP Bahagian Pendidikan JAIP, Al- Fadhil Qadhi dan Pengetua SMAN. Sebanyak RM 317,654.00 telah diperuntukkan kepada 94 orang pelajar dengan masing-masing menerima wang tunai sebanyak RM 1,000 seorang serta tajaan tiket kapal terbang . Para pelajar tersebut akan berlepas ke Mesir pada 7 April 2018 yang diuruskan oleh Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).