PEKAN. 27 Mac 2018 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan dengan kerjasama Pejabat Daerah Pekan telah mengadakan Taklimat Pengurusan Zakat Daerah Pekan 1439H / 2018M bertempat di Dewan Masjid Sultan Ahmad Shah Al-Haj Pekan bermula jam 08.00 pagi hingga 04.30 petang. Seramai 200 orang peserta telah menghadiri taklimat yang diadakan terdiri daripada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK), Imam 1 Masjid Kariah Dan Amil Daerah Pekan. Para peserta telah didedahkan dengan dua pembentangan utama iaitu, Pengurusan Kutipan Zakat Negeri Pahang oleh Pusat Kutipan Zakat Pahang dan Pengurusan Agihan Zakat Negeri Pahang oleh Ibu Pejabat Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang. Selain daripada itu juga telah diadakan sesi dialog pengurusan zakat Daerah Pekan bersama Imam 1 dan Amil yang dikendalikan oleh pentadbiran Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan. Program ini telah berjaya mencapai matlamat yang disasarkan iaitu bagi memberikan kefahaman mengenai konsep kutipan dan agihan serta penyelarasan pengurusan zakat di Daerah Pekan supaya golongan asnaf yang berhak mendapat bantuan sewajarnya.