TEMERLOH. 01 Mac 2018 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Daerah Temerloh telah menyampaikan bantuan peralatan kepada Encik khairunnizam bin Mohammad dari Kampung Bangau Parit Temerloh. Bantuan berupa 1 Set kanopi arabian 20×20, kipas serta wirering berjumlah RM 3000.00 telah disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Islam Muip Cawangan Daerah Temerloh di Kedai Peralatan kanopi di Seberang Temerloh. Semoga bantuan peralatan dapat dimanfaatkan dan menjadi salah seorang pembayar zakat pada masa hadapan.