PEKAN. 09 Februari 2018 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan telah mengadakan Program Khairul Ummah bertempat di Masjid Kampung Tanjong Agas, Pekan. Program telah diadakan bermula dengan gotong-royong memasak, Solat Fardhu Maghrib, Forum Khairul Ummah bertajuk Menuju Gerbang Akhirat, Solat Fardhu Maghrib dan jamuan makan. Objektif diadakan prorgam ini ialah sebagai salah satu program turun padang bagi menyampaikan maklumat-maklumat semasa dan secara tidak langsung mendapatkan maklumbalas secara terus disamping membudayakan konsep ilmu dalam masyarakat. Program ini telah mendapatkan kerjasama daripada pihak pengurusan masjid dan juga sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat serta mereka yang berhampiran.