PEKAN. 06 Disember 2017 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Pekan, Jabatan Kemajuan Orang Asli Daerah (JAKOA) Pekan, Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA) Daerah Pekan, Guru Briged Dakwah Daerah Pekan, JKKK Kampung Mambang dan JKKK Kampung Tg Lepar telah mengadakan Program Ziarah Dakwah dan Pemantapan Aqidah di Kampung Orang Asli Air Hitam dan Tanjung Keruing. Program ini bagi megeratkan hubungan bersama masyarakat orang asli dan memantapkan aqidah mereka yang telah memeluk Agama Islam. Program ZIarah Rumah dan Sukaneka telah diadakan. Majlis telah dirasmikan oleh Al-Fadhil Qadhi Daerah Pekan Tuan Haji Ahmad Nizam Bin Abdul Manan.