TEMERLOH. 18 November 2017 – Tadika Pintar Al Quran Muip Temerloh telah mengadakan Majlis Ihtifal & Khatam Al Quran 2017 bagi meraikan pelajar pelajar yang telah tamat pembelajaran bagi tahun 2017. Seramai 41 orang pelajar terdiri daripada 4,5 & 6 tahun telah diraikan dan di graduasikan dalam majlis pada kali ini. Majlis yang berlangsung di Dewan Sk Bandar Temerloh telah diserikan oleh persembahan pelajar antara lain persembahan nasyid, kalam jamaie, simulasi solat jenazah serta acara cabutan bertuah antara pelajar. Bagi Khatam Al Quran seramai 8 orang pelajar telah berjaya menamatkan bacaan Al Quran dengan baik dalam tempoh 2 tahun belajar di Tadika Pintar Al Quran Muip Temerloh. Majlis dirasmikan oleh Pengerusi Tadika merangkap Pegawai Hal Ehwal Islam Muip Daerah Temerloh iaitu Ustaz Mohd Faitullah bin Sa’adon. Majlis bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam1.00 tengahari berjalan dengan jayanya. Terima Kasih kepada semua yang terlibat.