PEKAN. 16 November 2017 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan telah menyerahkan sumbangan sebuah roda tiga kepada Encik Mohamad Bin Ngah di Kampung Bentan, Pekan. Roda tiga ini dibuat dengan kerjasama Institut Kemahiran Mara Tan Sri Yahya (IKM TSYA) Pekan. Insyaallah moga bermanfaat buat penerima.