CAMERON HIGHLANDS. 08 Januari 2024 – Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) cawangan Cameron Highlands telah menyumbang sumbangan dalam bentuk wang tunai kepada masyarakat orang asli Kampung Sungai Ruil,Cameron Highlands yang mengalami tanah runtuh berhampiran kediaman mereka.
Sumbangan tersebut bertujuan membeli keperluan asas dalam bentuk makanan basah bagi menampung perbelanjaan makanan mangsa.
Buat masa ini,mangsa-mangsa tanah runtuh masih lagi berada di penempatan sementara iaitu di kuarters agensi Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang berada di Golden Hills,berdekatan perkampungan Orang Asli Sungai Ruil.
Moga-moga sumbangan yang diberikan oleh pihak MUIP ini dapat serba sedikit meringankan mangsa-mangsa dan juga agensi yang terlibat dalam menguruskan para mangsa tanah runtuh.