KUANTAN. 30 November 2023 – KUANTAN, 30 November 2023, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang bersama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) hari ini telah menyerahkan replika kunci rumah baharu sempena Program Inspirasiku MyHAUS YaPEIM.

Penyerahan replika kunci rumah baharu tersebut telah diserahkan kepada 3 orang penerima di tiga lokasi yang berbeza iaitu kepada Puan Normaiza binti Alias di Kg. Baru Cherating, Encik Mohamed Yusin bin Jusoh di Kg. Kuala Penor dan Encik Mahasan bin Amar di Kg. Ubai.

Majlis penyerahan disempurnakan oleh wakil YaPEIM iaitu Pengarah Kanan, Divisyen Khidmat Pengurusan, Puan Hajjah Sharina binti Haji Ramli, Pengurus MUIP Cawangan Kuantan, Ustaz Muhammad Khairuddin bin Husin dan Encik. Md.Hashrul’din bin Amdan, Ketua Unit Pembangunan Asnaf MUIP. Majlis turut dihadiri Pengurus Negeri YaPEIM Pahang, Puan Nor Khalilah Hanim binti Hamid dan Ketua Penyelaras Komuniti YaPEIM Pahang, Puan Norulbaya binti Abdul Rahman.