BERA. 31 Oktober 2023 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Bera telah menyampaikan bantuan peralatan kepada En Yusof Bin Seneh berupa 1 unit umbrella square 8’X8′, 1 unit plywood (9MM)-3’X2, 1 unit pasar malam kaki sederhana kasar 6′, 1 unit canopy w/canves 10’X15′ (blue) r/iron serta 1 unit canopy w/canves 10’X10′ (blue) r/iron dengan jumlah kos keseluruhan sebanyak RM 1,259.00 sahaja.

Beliau kini telah menjalankan perniagaan tersebut secara kecil-kecilan dengan menyewa sebuah tapak gerai yang terletak di felda purun dan juga di tempat yang lain dengan menjual pelbagai jenis sayur-sayuran.

Dengan adanya bantuan peralatan tersebut, dapatlah beliau menambahkan pendapatan isirumah serta dapat memajukan lagi perniagaan pada masa akan datang.

#MuipBera
#BaitulMalPahang
#AsnafZakat
#CaknaAsnaf
#TerimakasihPembayarZakat