BERA. 24 Oktober 2023 – MUIP Cawangan Bera dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Bera & Surau Al Bukhori telah melaksanakan Program Ziarah Mesra & Sambutan Maulidur Rasul di Perkampungan Orang Asli Pos Iskandar, Bera.

Bermula Program Ziarah Mesra rumah ke rumah sebanyak 60 Ketua Keluarga disantuni serta penyerahan Hamper kepada penduduk. Pada sebelah petangnya dilaksankan pertandingan mewarna kepada kanak-kanak, gotong-royong memasak dan pada malamnya pula diadakan Ceramah Semperna Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Ust Amran Bin Abdullah selaku Mantan Pegawai Penjara Sungai Buloh yang merupakan masyarakat Asli yang berasal dari Pos Iskandar, Bera.

Semoga program ini membawa manfaat kepada penduduk Islam di sana dan cahaya Islam terus bersinar di perkampungan Orang Asli.

#DakwahBera
#Muip Bera
#IslamItuIndah