MUADZAM SHAH. 18 September 2023 – MUADZAM SHAH, 18 September 2023 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) sentiasa membuka ruang seluas-luasnya bagi sebarang permohonan zakat, termasuklah dari sudut membantu anak asnaf untuk menimba ilmu.

Mudah-mudahan dengan adanya ilmu, seseorang itu dapat membawa keluarganya keluar dari kepompong kemiskinan, disamping sentiasa berada dibawah lindungan para Malaikat.

Pada hari ini, pihak MUIP Cawangan Muadzam Shah telah menyerahkan sebuah komputer riba beserta mesin pencetak kepada Encik Sani untuk digunakan oleh anaknya yang bernama Mohamad Nazmi Hakim yang melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma di Kolej Poly-Tech Mara. Dalam suasana era kemodenan dunia di zaman ini, kedua-dua peralatan seperti ini boleh dianggap satu keperluan kepada setiap individu yang menimba ilmu bagi sesi pembelajaran mereka di Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Semoga pelajar ini memanfaatkan sebaiknya agihan zakat yang berjumlah RM2,199.00 ini, seterusnya mampu berjaya dalam bidang yang diceburinya.