MUADZAM SHAH. 16 Julai 2023 – MUADZAM SHAH, 16 Julai 2023 – Satu kejadian rumah terbakar telah berlaku di Felda Keratong 9 kira-kira pukul 1.30 petang tadi.
Pengurus Cawangan Daerah, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Muadzam Shah tampil menyampaikan agihan zakat berupa wang tunai RM2,000.00 dan set barangan keperluan makanan asasi bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa kebakaran iaitu Puan Noriyah.
Ramai jiran dan sahabat handai mangsa hadir memberikan kata-kata semangat kepada beliau yang tidak menyangka harta dan rumahnya musnah sekelip mata. Mereka turut mengucapkan terima kasih kepada pihak MUIP kerana hadir dengan cepat bagi menghulurkan sumbangan zakat.
Syukurlah jiran-jiran yang tinggal berhampiran rumah mangsa dilihat sangat prihatin dengan mempelawa mangsa tumpang berteduh untuk sementara waktu di kediaman mereka. Sebelum pulang, pihak MUIP turut mendoakan mangsa supaya tabah menghadapi musibah sebegini.