ROMPIN. 15 Jun 2023 – Bertempat di Surau Kampung Orang Asli (KOA) Bukit Lepas, satu program gotong royong telah diadakan. Program anjuran Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Daerah Rompin itu turut melibatkan kakitangan dari Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Daerah Rompin,  Penyelaras Pembangunan Insaniah Masyarakat Orang Asli (PEPIMA) Daerah Rompin, Guru Briged Dakwah MUIP Daerah Rompin, serta saudara-saudara baharu dari Kampung Orang Asli (KOA) berkenaan.

Program yang dianjurkan selama satu hari ini bertujuan untuk memupuk nilai-nilai murni seperti sikap bekerja sama dan menjaga kebersihan di kalangan saudara baharu, serta menanamkan sifat cintakan agama di kalangan mereka.

Semoga penganjuran program seperti ini sedikit sebanyak dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dan mengukuhkan persaudaraan sesama Islam antara golongan saudara baharu di daerah ini dan agensi-agensi, pertubuhan dan individu yang terlibat.