KUALA LIPIS. 06 Jun 2023 – Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) cawangan Lipis telah menyumbang sebuah katil beserta tilam kepada adik Mohamad Irwanshah, 14 tahun, selepas beliau terlibat dengan kemalangan motorsikal dan mengalami patah tulang pinggul.
Adik Irwanshah tinggal bersama keluarga di Tanjung Gahai, masih menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Sungai Koyan di tingkatan 2.
Pihak hospital memaklumkan, beliau perlu berehat sekurang-kurangnya dua hingga ke tiga bulan bagi pulih sepenuhnya dan kembali ke sekolah seperti biasa.