Mereka yang dijinakkan hatinya atau yang diharapkan kencenderungan hatinya untuk menerima Islam atau yang memeluk Islam (tetapi belum kukuh Islamnya). Ianya dibahagikan kepada empat:-
- Baru memeluk agama Islam
- Ketua-ketua kaum yang memeluk Islam yang baik hubungannya dengan ketua-ketua kumpulan bukan Islam yang sejawatan atau sama taraf dengannya.
- Ketua-ketua kaum yang memeluk Islam yang masih lemah iman tetapi masih ditaati oleh orang-orang dibawah pimpinannya
- Orang-orang yang memeluk Islam yang tinggal diperbatasan yang berhampiran dengan negara musuh