BENTONG. 26 Julai 2022 – Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, pada hari ini seorang hamba Allah telah kembali kepada Agama Fitrah iaitu Agama Islam. Beliau bernama Dana A/P Wok yang berketurunan Asli dari Kampung Lebak. Beliau yang sebelum ini menganut agama anamisme telah melafazkan syahadah di pejabat MUIP Bentong yang dilakukan oleh Pembantu Hal Ehwal Islam Ustaz Abdul Hadi. Semoga beliau istiqomah dalam mempelajari agama Islam dan menjadi mukminah yang sejati.