BENTONG. 24 Mac 2022 – MUIP Cawangan Bentong bersama dengan kontraktor telah melawat Surau Kampung Orang Asli Lebak untuk tambah baik infrastruktur bangunan Surau terbabit. Ini adalah bagi memberi keselesaan kepada Jemaah yang hadir ke Surau tersebut. Adalah dimaklumkan bahawa Surau itu menjadi tempat untuk kelas fardhu ain yang dijalankan oleh Penggerak Masyarakat Orang Asli kawasan tersebut. Surau tersebut juga menjadi tumpuan Agensi luar untuk diadakan program kemasyarakatan. Hadir sama Ustaz Hamdan selaku Penggerak Masyarakat Orang Asli di Kampung tersebut. Semoga dengan penambahbaikan Surau tersebut, merancakkan lagi aktiviti yang akan dijalankan nanti.