TEMERLOH. 29 Ogos 2022 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Temerloh hari ini telah menziarahi asnaf buta dan terlantar di Kg Kuala Kaung, Lanchang.

Ziarah ini bertujuan untuk melihat keadaan tandas rumah beliau setelah mendapat permohonan beliau ke MUIP cawangan Temerloh.

Pihak MUIP akan membantu beliau dengan memberi bantuan selayaknya. Semoga bantuan yang diberikan dapat meringankan beban beliau.

#MuipTemerloh #BaitulMalPahang #AsnafZakat
#CaknaAsnaf