TEMERLOH. 24 Ogos 2022 – Telah berlangsung Taklimat Pengurusan Agihan Zakat dan Majlis Penyerahan Bantuan Kepada Asnaf anjuran Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang cawangan Daerah Temerloh.

Taklimat ini dihadiri oleh Penghulu dan JKKK seliaan dari setiap Mukim dan Amil-amil setiap kariah di dalam Daerah Temerloh.

Fokus utama taklimat ini adalah memberi penerangan kepada semua peserta taklimat ini kaedah kutipan zakat yang dibentang oleh Ustaz Mohd Asri bin Awang, Pengurus Zon Tengah, Pusat Kutipan Zakat Pahang dan prosedur permohonan agihan zakat yang dibentang oleh Ustaz Muhd Faitullah bin Sa’adon, Pengurus Cawangan Daerah, Muip Cawangan Temerloh.

Taklimat ini dirasmikan oleh Ybrs Dr. Haji Asmadi bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Operasi dan Baitulmal)

Turut berlangsung di dalam taklimat ini Majlis penyerahan bantuan kepada asnaf yang menerima bantuan bina baru rumah, bantuan peralatan bengkel dan bantuan enjin bot.

Semoga dengan taklimat ini dapat memberi pencerahan kepada semua peserta mengetahui prosedur agihan zakat berlaku dan kaedah kutipan zakat yang dijalankan oleh pihak MUIP dan PKZ .

Turut hadir bersama dalam taklimat ini wakil daripada Perkeso, APM, PKD, JKR bagi memeriahkan taklimat ini.

#muipcawangantemerloh #baitulmalpahang #terimakasihpembayarzakat