ROMPIN. 21 Julai 2022 – Pihak Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Daerah Rompin telah mengadakan Program Cakna Asnaf Bersama Komuniti bertempat di Kampung Rantau Panjang, Mukim Rompin.

Program secara berkala ini diadakan bertujuan untuk menjejaki golongan asnaf yang berkelayakan di kampung berkenaan serta melihat bentuk-bentuk bantuan yang boleh disalurkan untuk meringankan bebanan hidup mereka.

Sebanyak 25 buah keluarga dari kampung berkenaan telah diziarahi dalam program kali ini. Program ini turut mendapat kerjasama dari JPKK Kampung Rantau Panjang.

Penganjuran program ini akan diteruskan dari semasa ke semasa dalam usaha untuk mengenalpasti asnaf yang berkelayakan dari seluruh daerah disamping mengelakkan golongan berkenaan dari tercicir menerima bantuan zakat.