TEMERLOH. 28 Jun 2022 – Alhamdulillah, Sebanyak 40 keluarga telah diziarahi dalam Program Cakna Asnaf di Mukim Semantan 1, awal hari ini. Program anjuran Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Daerah Temerloh ini turut disertai oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Temerloh ( JKM ), PERKESO dan mendapat kerjasama oleh penghulu dan ketua ketua kampung dalam mukim tersebut.

Antara kampung yang diziarahi dalam Mukim semantan 1 ini adalah kampong Mempateh, Jergoh, Teris dan Tendong. Tujuan program ini diadakan bertujuan menjejaki asnaf fakir miskin yang tidak berkemampuan dan terlepas daripada menerima bantuan zakat berikutan tiada maklumat yang diperolehi serta cara memohon bantuan zakat.

Dalam program ini juga asnaf yang diziarahi turut menerima sumbangan wang tunai dan hamper barang asasi bagi membantu meringankan beban sara hidup mereka.

#CaknaAsnaf #MuipCawTemerloh #BaitulmalPahang #TerimaKasihPembayarZakat