MUADZAM SHAH. 22 November 2021 – Pada hari ini 22 November 2021 – MUIP Cawangan Muadzam Shah telah mengagihkan zakat kategori saguhati memeluk Agama Islam kepada seorang muallaf dari RPS Bukit Serok iaitu Syaliana Natasya.

Beliau telah menerima saguhati wang tunai berjumlah RM500.00 dan satu set kelengkapan ibadah dari pihak MUIP. Selain itu, pembawanya turut menerima saguhati wang tunai berjumlah RM50.

Tahniah diucapkan kepada beliau atas kerelaan hatinya untuk memeluk Agama yang mulia ini. Terima kasih kepada pembawanya yang juga merupakan Penggerak Masyarakat Orang Asli diatas khidmat memudahkan urusan yang bermula dari mengisi borang daftar pengislaman, seterusnya menukar status agama itu nanti.