TEMERLOH. 22 Oktober 2021 – Pada bulan Kelahiran Nabi Muhammad SAW yang mulia (Rabiulawal 1443H), dengan hidayah Allah Yang Maha Esa dan keberkatan Nabi Muhammad SAW, seorang insan berbangsa India telah memeluk Islam dengan seikhlas hati di Pejabat MUIP Cawangan Temerloh.

Beliau menceritakan bahawa sejak usia 7 Tahun ketika itu masih di bangku sekolah tadika lagi, hatinya telah terbuka untuk menerima Islam kerana melihat adab-adab yang diterapkan oleh gurunya berlandaskan Adab Islamiah.

Selain itu, katanya apabila terdengar laungan azan, kalbunya terasa sangat aman serta tenang mendengar kalimah agung menyeru manusia untuk menunaikan solat.

Oleh itu, menjadi asbab hidayah sampai dalam nuraninya untuk memilih Islam sebagai agama kehidupannya. Justeru itu, majlis syahadah telah dibimbing oleh Pegawai Dakwah MUIP Temerloh dan disaksikan oleh pembawanya Amil daerah Temerloh, Abdul Hamid Khan.

Justeru itu juga telah disumbangkan kepada beliau saguhati pemelukan Islam dan kelengkapan ibadah buatnya. Semoga beliau terus kekal istiqamah dalam mendalami Islam sehingga menjadi seorang Muslim sejati pada Rabbnya.

#caknaasnaf #muippahang#muiptemerloh#DakwahMuip