BERA. 15 Oktober 2021 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Bera telah menyampaikan wang tunai serta mengagih hamper fidyah kepada keluarga asnaf berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD).
Berikutan daripada bantuan yang telah diagihkan sebelum ini, pihak MUIP sekali lagi mengambil inisiatif untuk menyalurkan bantuan kepada keluarga asnaf yang terjejas.
Pihak MUIP telah menyampaikan bantuan tersebut kepada Pengerusi JKKK Kuala Bera, En Ashari Bin Mohamed sebagai wakil untuk diserahkan kepada asnaf terbabit berdasarkan senarai nama yang telah diberikan.
Bantuan pada kali ini adalah bertujuan untuk meringankan beban kepada keluarga asnaf yang terputus bekalan makanan serta yang terjejas pendapatan disebabkan hilang sumber mata pencarian akibat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD).
Ada juga dikalangan penduduk di kawasan tersebut telah dikuarantin kerana mempunyai kontak rapat dengan pesakit covid 19.
Pihak MUIP Cawangan Bera juga mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama dan maklumat yang diberikan. Sumbangan bantuan tersebut telah disampaikan oleh Pengurus MUIP Cawangan Bera.