ROMPIN. 25 Julai 2021 – ROMPIN, 25 Julai 2021: MUIP Cawangan Daerah Rompin telah menyampaikan bantuan bencana kepada keluarga Puan Sa’diah Binti Tahir, 58 dari Kampung Tekek, Pulau Tioman, Rompin yang terlibat dalam satu bencana ribut yang telah berlaku pada 23 Julai 2021 yang lalu. Bantuan berbentuk wang tunai telah disampaikan kepada keluarga berkenaan oleh Penolong Pegawai Dakwah, MUIP Cawangan Daerah Rompin kepada anak Puan Sa’diah yang mewakili ibunya dalam penyerahan berkenaan . Diharapkan dengan bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarga Puan Sa’diah akibat bencana berkenaan. Semoga Allah S.W.T mengurniakan kesabaran dan ketabahan buat mereka di atas musibah yang menimpa, dan menggantikan untuk mereka sesuatu yang lebih baik daripadanya.