KUALA LIPIS. 18 Julai 2021 – Kampung Kuala Medang telah dikenakan PKPD setelah berlaku kes jangkitan covid yang agak ramai dan membimbangkan.
Dengan pelaksanaan PKPD di kawasan tersebut, sudah tentunya penduduk Kampung Kuala medang tidak dapat keluar mencari rezeki,bertegur sapa sesama keluarga,dan berlegar-legar di dalam rumah masing-masing sepanjang tempoh PKPD.
Ini secara tidak langsung akan menjejaskan pendapatan dan bekalan makanan bagi penduduk di situ.
MUIP Lipis dengan rasa tanggungjawab dan prihatin segera menghulurkan bantuan barangan makanan bagi penduduk di kampung tersebut bagi meringankan beban.
Dibekalkan sebanyak 50 unit hamper makanan asasi beserta 20 hamper Dapur Zakat kepada pihak Masjid Kampung Kuala Medang sebagai lokasi untuk penduduk kampung tersebut boleh mendapatkan bekalan makanan.
Bagi penduduk Kampung Kuala Medang yang terjejas pendapatan yang teruk atau terputus bekalan, bolehlah berhubung dengan AJK Masjid Kuala Medang bagi mengambil barang makanan yang disediakan.
Pelaksanaan PKPD Kuala Medang bermula 19 Julai sehingga 1 Ogos 2021.