MUADZAM SHAH. 13 November 2019 – Seramai 82 orang pegawai masjid dikalangan jawatan imam, bilal, dan siak menghadiri kursus yang bertempat di dewan Wisma JKKR Felda Keratong 9. Kursus tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Farik, Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JAIP. Selain menerangkan rukun qauli, beliau turut berkongsi ilmu mengenai rukun fe’li serta sebarang permasalahan dalam solat bersama peserta kursus. Pegawai Masjid, Surau & Al-Quran MUIP dalam ucapannya mengucapkan tahniah dan terima kasih atas kerjasama yang sangat baik daripada pegawai-pegawai masjid dalam mengimarahkan rumah-rumah Allah, seterusnya beliau merasmikan Kursus Tahsin Bacaan Dalam Solat bagi Pegawai Masjid Kariah Muadzam Shah itu.