ROMPIN. 07 Ogos 2019 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Daerah Rompin telah menyampaikan bantuan zakat peralatan kepada 3 orang asnaf daerah ini, iaitu Encik Che Idris Bin Che Mat dari Bandar Rompin, Puan Mariahana Binti Othman dari Kampung Pianggu serta Encik Mohd Paki Bin Mohamed Zin dari Kampung Parit Raja. Encik Che Idris menerima bantuan bernilai RM 1500 berupa Pengisar Heavy Duty 1200 watt, Set Pemanggang BBQ, Pengisar 250 watt serta sebuah dapur gas, manakala Puan Mariahana pula menerima bantuan peralatan berjumlah RM 1000 berupa sebuah mesin pengisar soya, dua biji periuk, serta sebuah dapur tunggu, manakala Encik Mohamed Paki pula menerima bantuan peralatan berjumlah RM 3000 berupa sebuah Enjin Pam Air 5 Kuasa Kuda, serta 2 set Paip Poly. Keseluruhan bantuan yang disampaikan adalah berjumlah RM 5500. Semoga bantuan yang diterima sedikit sebanyak dapat dimanfaatkan oleh asnaf-asnaf berkenaan untuk meningkatkan usaha mereka menambah pendapatan keluarga seterusnya mengeluarkan diri mereka dari garis kemiskinan.