PEKAN. 26 Julai 2019 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan telah menyampaikan bantuan zakat kepada para pelajar yang memerlukan di Sekolah Kebangsaan Peramu Jaya dan Sekolah Kebangsaan Pahang Tua. Seramai seratus orang pelajar telah menerima sumbangan dalam majlis ringkas yang diadakan di sekolah masing-masing. Bantuan yang disampaikan itu diharapkan dapat digunakan sebaiknya untuk tujuan yang bermanfaat.