ROMPIN. 25 Julai 2019 – MUIP Cawangan Rompin telah mengadakan satu Program Ziarah Dakwah dan Ramah Mesra Kampung Orang Asli (KOA) Sembayan. Sebanyak 95 buah keluarga masyarakat Orang Asli di perkampungan ini telah diziarahi dalam Program kali ini. Turut menyertai program ini adalah Persatuan Pelajar Islam dari Kolej Komuniti Rompin, Guru Briged Dakwah MUIP Cawangan Rompin, serta beberapa orang sukarelawan. Program ini merupakan salah satu inisiatif MUIP Cawangan Rompin ke arah memperkenalkan dan mendekatkan masyarakat Orang Asli di daerah Rompin kepada Agama Islam. Semoga Allah S.W.T memberi hidayah-Nya kepada masyarakat Orang Asli di kampung ini.