PEKAN. 25 Julai 2019 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan telah menziarahi seorang kanak-kanak yang mengidap penyakit kongenital. Yusof Haris Bin Iskandar Dzulkarnain yang kini berusia setahun memerlukan bantuan kewangan bagi meneruskan rawatan susulan di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada bulan Ogos ini. Hasil daripada pertemuan yang telah diadakan, pentadbiran ini akan melihat bantuan yang boleh disalurkan bagi membolehkan kanak-kanak tersebut mendapat rawatan yang diperlukan.