PEKAN. 25 Julai 2019 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan telah menziarahi dan menyampaikan Bantuan Bencana Rumah Dihempap Pokok di Kampung Lamir. Kejadian angin kencang yang berlaku sekitar jam empat petang itu telah menyebabkan pokok berhampiran rumah Puan Noriah Binti Hitam menghempap rumah kediamannya, namun begitu tiada sebarang kemalangan melibatkan penghuni rumah dilaporkan. Hadir bersama semasa penyerahan bantuan ialah Penghulu Mukim Pahang Tua dan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Lamir. Bantuan ini diharapkan dapat meringankan bebanan yang terpaksa ditanggung oleh mangsa.