PEKAN. 24 Julai 2019 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan telah menyampaikan bantuan kepada seramai 414 orang pelajar yang memerlukan di Sekolah Menengah Kebangsaan Chini 2 dan Sekolah Menengah Kebangsaan Chini. Bantuan ini diharapkan dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh para pelajar untuk keperluan pembelajaran. Sebelum majlis penyampaian sumbangan dilakukan, telah diadakan Bicara Santai Motivasi Pelajar Cemerlang bagi membangkitkan semangat untuk terus berusaha mencapai kejayaan di kalangan para pelajar.