RAUB. 22 Julai 2019 – Majlis Ugama Islam Pahang Cawangan Raub telah menyampaikan sumbangan bantuan bencana kepada beberapa orang mangsa yang terlibat dalam kejadian ribut. Kejadian ribut ini telah mengakibatkan kerosakan ke atas beberapa buah rumah di kawasan Mukim Gali. Oleh itu, MUIP Cawangan Raub telah meninjau dan membuat lawatan ke kawasan kejadian dan juga akan membuat susulan bantuan penyelenggaraan. Hasil daripada lawatan tersebut, mendapati bahawa beberapa buah rumah mengalami kerosakan di bahagian atap rumah dan juga mengalami masalah kebocoran yang memerlukan penyelenggaraan dengan segera. Semoga dengan adanya sumbangan kewangan dari pihak Majlis Ugama Islam Pahang ini, dapat meringankan beban mangsa sekeluarga.