RAUB. 22 Julai 2019 – Majlis Ugama Islam Pahang Cawangan Raub dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) dan Penggerak Masyarakat Orang Asli JAKIM telah menjalankan satu Program Ziarah Dakwah dan Riadah di Kampung Orang Asli Bilut. Terdapat beberapa aktiviti yang dijalankan seperti pertandingan sepak takraw, gotong royong di surau kampung tersebut. Selain itu, diadakan juga ziarah rumah ke rumah penduduk setempat. Diharapkan program ini dapat memupuk hubungan silaturrahim yang lebih erat dan juga dapat mendekatkan masyarakat Orang Asli dengan agama Islam.