PEKAN. 03 Mei 2019 – Tadika Pintar Al-Quran Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Daerah Pekan telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Guru Dan Ambang Ramadhan Peringkat Tadika Pintar Al-Quran MUIP Daerah Pekan 1440H / 2019M bertempat di Dewan Barakah. Majlis turut dihadiri oleh kakitangan Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan. Program bermula 08.00 pagi dan berkakhir 10.30 pagi telah dimulai dengan Ucapan Guru Besar dan diikuti dengan Bicara Santai Hari Guru dan Ambang Ramadhan oleh Pengerusi Tadika Pintar Al-Quran MUIP Daerah Pekan serta seterusnya diikuti dengan persembahan oleh murid-murid. Sambutan kali ini dimeriahkan lagi dengan pelbagai juadah makanan yang disumbangkan oleh para Ibu, Bapa dan Penjaga. Hubungan dua hala ini sentiasa akan dipupuk demi kelangsungan pendidikan murid-murid di Tadika Pintar Al-Quran MUIP Daerah Pekan.